Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Bandar Kluang telah wujud seawal tahun 1910. Polisi kerajaan negeri yang menggariskan rancangan membangunkan tengah Johor dan Kluang sebagai pusat komunikasi telah menjadikan Kluang sebagai pusat pertumbuhan baru. Pembukaan ladang-ladang dan pembinaan landasan keretapi mendorong lebih ramai penduduk berhijrah dan mendiami bandar Kluang.

Bandar Kluang terus berkembang maju di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kluang Utara. Dengan perlaksanaan projek-projek pembangunan di bawah rancangan Malaysia Lima Tahun dan komitmen kerajaan Negeri untuk membangunkan daerah Kluang, peranan Bandar Kluang sebagai pusat pertumbuhan kawasan tengah Johor semakin nyata.

Sektor-sektor ekonomi semakin berkembang dengan pesat. Selain penempatan awal penduduk yang sedia ada, taman-taman perumahan baru terus dibangunkan. Pembinaan kompleks perniagaan di Pusat Bandar Kluang, pembangunan taman-taman perumahan baru dan pembukaan kawasan perindustrian menjadi penyumbang utama kepada perkembangan Bandar Kluang.

Bilangan premis kediaman, perdagangan dan perindustrian bertambah dengan pesat. Bilangan keseluruhan pegangan terus meningkat dari 20,500 dalam tahun 1988 kepada 42,455 pegangan dalam tahun 2000. Peningkatan bilangan pegangan ini terus menyumbang kepada pertambahan hasil Majlis dari RM7.72 juta dalam tahun 1988 meningkat kepada RM16.6 juta dalam tahun 2000.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


Taklimat Klik Dengan Bijak dan Kuiz ICT

Aktiviti Terkini | 15 Mei 2018

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada pelajar sekolah tentang ciri-ciri keselamatan penggunaan internet dan media sosial, dan berkenaan dengan bahaya buli siber... baca selanjutnya

Taklimat Klik Dengan Bijak dan Kuiz ICT

Aktiviti Terkini | 24 April 2018

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada pelajar sekolah tentang ciri-ciri keselamatan penggunaan internet dan media sosial, dan berkenaan dengan bahaya buli siber... baca selanjutnya

Taklimat Klik Dengan Bijak, Kuiz ICT dan Kepimpinan Khalifah Genius

Aktiviti Terkini | 31 Mac 2018

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran tentang penggunaan gadjet dan juga kebaikan serta keburukan... baca selanjutnya

Taklimat Klik Dengan Bijak, Kuiz ICT dan Kepimpinan Khalifah Genius

Aktiviti Terkini | 10 Februari 2018

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran tentang penggunaan gadjet dan juga kebaikan serta keburukan... baca selanjutnya

Bengkel Pengenalan Projek Agriculture Flagship (Agf)- Fasa 1 Dan Pelaksanaan Aplikasi Mudah Alih M@Myagro

Aktiviti Terkini | 5 Februari 2018

Pendedahan tentang applikasi myagromkepada pegawai kerajaan bahagian pertanian serta menerangkan fungsi PI1M sebagai tempat penggunaan internet utk setiap pegawai pertanian mengumpulkan semua usahawan, petani, penternak dan nelayan mengisi data berkaitan dalam applikasi tersebut... baca selanjutnya

Program Klik Dengan Bijak dan Gotong-royong

Aktiviti Terkini | 27 Januari 2018

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk sikap kerjasama dan mementingkan kebersihan di samping menceriakan lagi PI1M Taman Ilham. Program ini juga dapat mengeratkan silaturrahim antara pekerja PI1M dengan ahli PI1M... baca selanjutnya